27 October 2021

"SAYA ANGGAP INI UJIAN BESAR DARIPADA ALLAH..." - SITI NORDIANA REDA



Semua sedia maklum mengenai kes saman yang membabitkan penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias, 37, dengan lima sekawan yang didakwa memfitnahnya di laman Instagram yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Berhubung perbicaraan kes saman tersebut, Siti Nordiana atau mesra disapa sebagai Nana itu reda dan menganggap ini ujian besar daripada ujian Allah.

Menurut juara Gegar Vaganza musim kedua (GV2) dan pelakon drama 'Dia Semanis Honey' ini, apa yang diharapkannya adalah segala urusan membabitkan kes itu berjalan lancar hingga selesai.

"Saya anggap ini ujian besar daripada Allah, itu saja. Selebihnya untuk ulas lanjut, saya tidak boleh kerana masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Klik untuk gambar besar



"Selain buat review (ulasan) berbayar, saya juga ada kerja menyanyi dan berlakon. Saya tak nafikan ada tawaran yang dibatal berpunca daripada kes ini. Begitu juga, penurunan jumlah pengikut di media sosial," katanya

Mengikut laporan media, Penyanyi lagu 'Angkara' itu ketika proses perbicaraan baru-baru ini mendakwa reputasinya terjejas akibat kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan lima individu terbabit juga rakan industrinya.

Terdahulu, Nana bersama pengurusnya, Anas hadir pada prosiding yang diadakan di hadapan hakim Zulqarnain Hassan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Oktober lalu. Tiada kata sepakat dicapai di antara pihaknya dengan semua defendan ketika proses mediasi untuk penyelesaian isu terbabit. Prosiding perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 19 November ini.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: