"Saya sebak, tetapi betul-betul reda. Cuma sedih kerana Azal itu anak istimewa pun, ada orang terasa nak ambil (kesempatan). Bagi saya RM900 itu banyak. Selalunya kalau ke mana-mana, saya yang bayarkan tapi tempoh hari, dia minta berhenti di stesen minyak nak beli barang. Kemudian, dia tunjuk beg duit kata duitnya tinggal RM100.
"Saya tanya dia, terlupa di mana-manakah dan dia jawab memang dalam dompet itu saja duitnya. Saya kata, tak apa bukan rezeki kami dan bersangka baik sajalah," kata pelakon Zarina Zainuddin, 51, yang terkilan namun reda apabila wang sebanyak RM900 milik anak istimewanya, Azal, 25, 'lesap', baru-baru ini.
Zarina berkata, sebelum itu dia memberikan RM1,000 kepada Azal untuk kegunaannya. Walaupun reda dengan nasib malang itu, dia tidak menafikan berasa sedih kerana ada individu sanggup mengambil kesempatan terhadap anaknya yang menghidap autisme itu.
Klik untuk gambar besar
Berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram Live, pelakon drama 'Bidadari Kiriman Tuhan' itu nyata bersimpati dengan nasib malang menimpa anaknya apatah lagi wang itu diperoleh hasil kerja-kerasnya. Dalam masa sama, Zarina meminta Azal reda serta menghalalkan wang yang hilang itu.
"Kasihan sebab dia kerja tapi orang lain ambil duit dia. Memandang dari sisi baik, mungkin orang yang ambil itu dalam kesusahan, tak tahu mungkin sudah ditakdirkan bukan rezekinya. Kita diajar tidak ambil duit orang, usik barang orang. Kalau nak, kena minta izin dulu," ujarnya.
________________________
No comments:
Post a Comment