27 October 2021

TIADA NIAT MELENGAH-LENGKAHKAN - JANNA NICK MAHU BERITAHU BILA SAMPAI MASA



Pelakon Janna Nick yang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Dini Schatzmann itu memberitahu yang mereka tiada niat untuk melengah-lengahkan sebaliknya dia dan Dini perlu membuat pelbagai persiapan sebelum menuju hari bahagia.

Dalam masa sama, Janna juga mahu mengambil langkah sama seperti sepupunya, pelakon Adam Lee yang berkongsi berita pertunangan dengan pelakon Sweet Qismina pada hari mereka melangsungkan pertunangan. Janna berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu pada waktu yang tepat.

"Adam dan Sweet memilih untuk tidak bercerita sebelum pertunangan berlangsung. Jadi, saya pun akan mengambil pendekatan sama. Sampai masa pasti saya akan beritahu kepada semua," katanya yang juga kekasih pelakon, Dini Schatzmann.

"Perkahwinan memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Saya tidak mengambil remeh dan enteng fasa ini. Banyak yang perlu saya siapkan dari segala segi. Alhamdulillah saya kini bahagia dengan Dini. Doakan yang baik-baik dan semoga segalanya dipermudahkan buat kami berdua," ujarnya.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: