18 October 2021

MUNCUL DI IG LIVE - SAJAT DAKWA SUDAH BERHIJRAH KE AUSTRALIA?



"Kita tak lari, kita berhijrah la. Anda yang kata kita lari. Anda yang tak boleh terima hakikatkan? Selama ni kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak," kata usahawan kosmetik Sajat menerusi sesi live di Instagam selepas ramai pihak tertanya-tanya di manakah keberadaannya.

Lebih mengejutkan apabila Sajat Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bersembunyi, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia.

Berdasarkan perkongsian di Instagram, difahamkan Sajat kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di negara berkenaan.

Pada 15 Oktober lalu media melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.

Klik untuk gambar besar



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses membawa pulang usahawan kosmetik itu tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu pada sesi live berkenaan Sajat turut menjawab pertanyaan para pengikutnya tentang status dia sebagai warganegara Malaysia. Selain itu, Sajat juga turut meminta orang ramai agar tidak menghakiminya dengan pelbagai andaian berhubung isu agama yang dianggap sangat sensitif.

"Kita dah cerai dah, dah cerai dah, dah talak tiga dah. Maaflah kita dah tak boleh bersatu kembali. Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya... awak dengan Islam awak.

"Tak perlu la awak nak judge saya, kita respect each other. Sebab sekarang ni pun kalau awak nak kata apa-apa pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya. Tak perlu la kata saya berdosa ke... terima kasih saya sangat hargai nasihat anda semua," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: