"Kamu adalah kekuatan dan sebab mommy menjadi diri mommy pada hari ini. Sebab kamu sayang. Mommy sayangkan kamu. Tolong hubungi mommy jika kamu ada masa," demikian tulis pelakon Nora Danish yang tidak dapat menahan emosinya ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram ke sekolah swasta berasrama penuh.
Menerusi satu perkongsian lain, Nora memberitahu anaknya yang kini berusia 12 tahun itu akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja'afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.
Melihat video yang dikongsikan, Nora dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama: "Sedih hari ini, baru sekolah dekat tidak jauh dari rumah, macam mana hendak hantar anak jauh-jauh pergi London, saya memang tidak boleh," kata Nora dalam sebuah video dalam InstaStory.
Klik untuk gambar besar
Dalam satu entri berbeza, kelihatan Nora atau nama penuhnya Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bersama suaminya Nedim Nazri dan bekas suaminya, Jejai menghantar Rayqal ke sekolah berkenaan.
Untuk makluman, Rayqal merupakan cahaya mata pertama Nora daripada perkahwinan terdahulu dengan Jejai. Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohamed Neqayl Nedim kini berusia tiga tahun.
________________________
No comments:
Post a Comment