04 October 2021

BILA JAAFAR ONN MINTA TV3 SIARKAN SEMULA DRAMA 'CILI PADI'



Masihkah anda ingat lagi drama siri 'Cili Padi' yang dibarisi pelakon Jaafar Onn, Melissa Saila, Anne Ngasri, Tam Suhaimi dan Nik Fariz Nik Fadzil.

Mereka yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an mesti sempat tengok cerita ni. Sudah 28 tahun siri 'Cili Padi' ini disiarkan di TV3 pada tahun 1993, jadi tentu ramai yang rindu nak tonton semula siri ini.

Jaafar Onn selaku pelakon utama 'Cili Padi' itu baru-baru ini menerusi Facebook miliknya turut meluahkan perkara sama. Dia berharap agar drama lama lakonannya itu disiarkan semula untuk tontonan generasi sekarang. Ini kerana Jaafar merasakan ianya pasti mendapat sambutan kerana masih ada permintaan.

"Memandangkan banyak permintaan dan siaran TV3 pun banyak ulang tayang drama lama, apa kata tayang semula drama Cili Padi. Ramai suka. Dari dulu sampai sekarang, drama Cili Padi memang popular," katanya.

Klik untuk gambar besar



Jaafar dilihat semakin aktif di aplikasi TikTok dan ternyata ramai yang rindu nak lihat watak cikgu Jaafar. Ada juga yang memberi cadangan untuk hasilkan 'Cili Padi 2' untuk melihat kehidupan cikgu Jaafar yang telah bersara bersama anak-anak murid yang sudah dewasa.

"Sejak saya aktif di TikTok dan buat secara langsung di media sosial, ramai yang memberi respon dan mencadangkan agar Cili Padi ditayangkan semula, atau dibuat semula.

"Saya kata, kesemua pelakon kanak-kanak pada zaman itu kini sudah dewasa dan berkeluarga. Jadi, peminat-peminat ini menyarankan agar kekalkan watak Cikgu Jaafar sebagai cikgu bersara atau penyelia kolej. Dari situ, dapat dilihat bagaimana hubungan antara Cikgu Jaafar dengan pelajar-pelajarnya walaupun mereka sudah berkeluarga," ujarnya.

Menarik juga kalau ada sambungan 'Cili Padi' kan? Kalau betul ia dapat dihasilkan, pasti ramai yang tak sabar nantikan penampilan semula semua pelakon.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: