04 October 2021

RIDER LETAK MAKANAN ATAS TEMPAT BUANG SAMPAH - RITA RUDAINI LUAH BENGANG



"Benda makan..rezeki..letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri. Makanan diletakkan atas tempat pembuangan sampah pula tu.

"Saya bukan cakap semua, ada setengah hormat dengan makanan, letak depan pintu dan ditempat tertutup, siap dengan lapik lagi," itulah kata pelakon Rita Rudaini menerusi satu perkongsian di laman Instagram dimana dia meluahkan rasa bengang dengan sikap penghantar makanan yang melakukan kerja sambil lewa.

Menurut Rita, dia ada memesan makanan namun ia ditelakkan di tempat panas dan terdedah. Lebih membuatkan Rita geram, makanan itu ditelakkan atas tempat pembuangan sampah. Bagaimanapun, dalam entri tersebut Rita mengatakan dia tidak menuduh semua kerana ada penghantar makanan yang sangat bertanggungjawab.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: