20 October 2021

PROSES MEDIASI TIDAK BERJAYA - SITI NORDIANA DAKWA DIFITNAH, SERING DISINDIR



"Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Kami menghormati kedua-dua pihak. Yang pasti tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamahlah," kata penyanyi dan pelakon Siti Nordiana ketika ditemui selepas prosiding diaman dia enggan berkongsi sebarang butiran yang menjadi punca kegagalan mediasi.

Kegagalan proses mediasi tuntutan kes saman fitnah Siti Nordiana atau nama penuhnya Siti Nordiana Alias, 36, terhadap lima rakannya dilanjutkan kepada perbicaraan penuh bermula hari ini di Mahkamah Seksyen, di sini.

Peguam yang mewakili Siti Nordiana, Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates berkata, kes itu terpaksa dilanjutkan kepada perbicaraan demi menghormati -kedua-dua pihak.

"Sebenarnya plaintif dan defendan sudah menjalani proses mediasi atas saranan mahkamah tetapi tiada kata persetujuan dan penyelesaian antara mereka. Jadi terpaksa sambung untuk perbicaraan penuh. Mengenai proses mediasi, apa yang boleh saya komen memang tak berjaya. Ini disebabkan kami menghormati pihak sebelah sana (defendan)," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, peguam Azlan Razak dari Azlan Razak & Associates yang mewakili Lan Solo, Syura dan Nur Shiela berkata, terma-terma yang dibincangkan kedua pihak tidak dipersetujui, jadi terpaksa dibawa kepada perbicaraan: "Saya minta maaf. Kedua-dua pihak dan mahkamah bersepakat untuk tidak mendedahkan apa yang dibincangkan sepanjang proses mediasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa beliau sering disindir dalam Instagram (IG) Live Lan Solo sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata didakwa fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Siti Nordiana dalam keterangannya mendakwa siaran IG Live oleh lima individu termasuk Lan Solo dan Syura, menyebabkan beliau digambarkan sebagai individu angkuh, tidak menghormati orang dan bermoral rendah sehingga mengundang kecaman netizen.


Menjawab soalan peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Lan Solo; isterinya, Nur Sheila Hassim; dan Syura, sama ada IG Live itu ditujukan kepada beliau atau menyebut namanya, Nana menjawab: "Sebelum ini, mereka sudah banyak kali sindir saya di IG."

Azlan: Anda kata Lan Solo fitnah anda dengan menyatakan 'sampai tak pandang kita ni siapa' itu adalah fitnah. Apa perkataan fitnah yang cuba disampaikan? - Nana: Apa yang dia cakap, perangai saya tak elok, tidak menghormati orang, saya angkuh. Konon tak pandang mereka siapa dan buatkan orang percaya, sedangkan saya tidak pernah buat begitu pada mereka," katanya.

Akibatnya, Nana mendakwa, beliau menerima kecaman netizen yang menyatakan beliau seorang bermuka-muka, mempunyai perangai tidak baik dan penghidap bipolar: "Di IG Live, terdapat komen daripada netizen yang turut menyatakan 'tak sangka Nana begitu, teruknya perangai Nana dan kasihan peminat dia'," katanya.

Ketika disoal berhubung isu wang yang dibangkitkan pula, Nana berkata, ia menggambarkan beliau berkira soal wang, selain seorang yang kedekut dan artis bermoral rendah: "Kalau orang lain baca dan mereka akan anggap saya begitu, padahal saya tidak begitu," tambahnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: