Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari bercuti di Langkawi sebelum ini, telah kembali menyambung percutian dengan membawa isteri dan anak-anak 'terbang' makan angin ke Switzerland pula.
Meskipun terpalit dengan kontroversi panas, namun Ebit Lew dilihat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa. Berkongsikan perkara itu di laman sosial miliknya, Ebit Lew berkata meluangkan masa bersama keluarga merupakan detik terindah dalam hidupnya.
Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan dipermudahkan perjalanan serta kesejahteraan ketika bercuti. Malah, rata-rata netizen mengatakan Ebit tidak henti-henti membuat kebaikan dan meminta pendakwah itu berehat seketika bersama keluarga.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment