20 October 2021

RAJA FARAH TERKESAN ISU IMBAS BABAK PANAS DIPOTONG - FAUZI & KHIR MOHON MAAF



Sedutan video TikTok yang memaparkan program talk show menghimpunkan beberapa hero filem Melayu yang berkongsikan pengalaman mereka memegang watak jahat sepanjang bergelar pelakon, telah tular di laman Twitter sejak beberapa hari lalu.

Video terbabit menjadi hangat selepas pelakon Fauzi Nawawi berkongsi tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama seorang pelakon wanita. Fauzi dipercayai menceritakan mengenai babak rogol dalam filem 'Anak Halal' dengan pelakon Raja Farah. Menurutnya, babak tersebut terpaksa dipotong di atas permintaan ibu bapa pelakon wanita itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan pendedahan tersebut yang disifatkan tidak sopan serta bimbang jika perbualan berkenaan ditayangkan di kaca TV dan menjadi tontonan umum. Perkara itu turut mendapat respon balas daripada Raja Farah dan suami. Dalam sebuah hantaran di Instagram, pasangan ini menganggap perkara itu sangat memalukan.

Menurut suami Raja Farah, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga aib dan kehormatan wanita. Sebagai seorang suami, dia menganggap perkara itu adalah memalukan dan ungkapan yang dinyatakan seumpama 'orang jahil'

Klik untuk gambar besar



"Untuk namakan secara spesifik, lagi pula menceritakan tentang babak yang saya rasa tidak patut untuk dinyatakan sedemikian. Itu tentang aib dan kehormatan wanita. Mungkin dia terlepas cakap, atau dia jahil atau teruja sedang bercerita. Saya rasa dia mesti menyesal dengan apa yang diucapkannya itu. Kami berlapang dada. Kami beri respon kerana perkara ini sudah viral," katanya.

Bagi Raja Farah sendiri, dia mengakui terkesan dengan perkara itu. Dia merasakan seakan dibuka aib dan dirinya tidak dihormati. Dalam hal ini, pihaknya sudah berlapang dada dan berharap tiada perbalahan berlaku.

Sementara itu, Fauzi yang dikecam teruk susulan video berkenaan itu tampil memuat naik video permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suami. Fauzi berkata sebaik selesai rakaman temu bual tersebut, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan.



"Saya nak memohon maaf kepada semua sekali yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Saya nak memohon maaf pada semua yang terkesan dengan video ini khususnya kepada Raja Farah, suami dan juga seluruh keluarga. Sebab kami bersembang antara lelaki. Memang salah saya bila bersembang tak kawal cakap, terlepas cakap dan terlepas nama Raja Farah.

"Sebenarnya mereka tanya pengalaman watak yang saya pernah pegang. Kalau diceritakan watak 13,14 tahun dulu, watak begitulah. Perompak, penjahat, perogol itulah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap, habis rakaman saya tersedar yang bahawa ada benda yang patut dipotong, yang disensorkan supaya tak ditayangkan, ujarnya.

Dalam pada itu, Fauzi berkata program tersebut sudah ditayangkan dua kali dan mengakui tidak tahu ianya ditularkan di Twitter semalam. Mengakui kesilapan dan ketelanjurannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memaklukan Raja Farah



"Tapi apapun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, memang saya tak baik tapi saya sedang memperbaiki diri saya untuk jadi lebih baik. Kepada yang amat sensitif yang terkesan dengan video ini, sudah tentu suami kepada suami Raja Farah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

"Memang saya tiada niat langsung memalukan. Pada Raja Farah sendiri dan juga keluarga, saya minta maaf dan saya tak mahu lagi perkara ini dipanjangkan," tuturnya.

Dalam pada itu, bukan hanya Fauzi yang memohon maaf, malah penerbit dan pengacara program Rumah No 107 iaitu Khir Rahman juga turut membuat permohonan maaf terhadap Raja Farah dan suaminya.

Khir berkata, dia bersyukur kerana pelakon terbabit dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjurannya. Khir menerusi hantaran di Instagram berkata, dia percaya mereka yang pernah menonton rancangan itu sangat menghargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: