20 October 2021

"BABY NO 2 IS COMING' - ELFIRA LOY



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Elfira Loy telah mengumumkan berita gembira dimana dia kini sedang hamil anak kedua dengan memuat naik gambarnya memegang belon yang tertera tulisan, 'baby no 2 is coming'.

Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Kehamilan Elfira ini bagaimanapun sudah dijangka oleh netizen yang perasan dengan perubahan pelakon itu apabila dilihat semakin berisi, malah ada yang mengatakan pernah terserempak dengan beliau dan terlihat baby bump.

Untuk makluman, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: