20 October 2021

VIDA & IQBAL DISARAN BUAT DRAMA BERSIRI KISAH 'CINTA MEREKA'



Ahli perniagaan yang juga suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran memberi komen sindiran dengan berharap agar platform penstriman Netflix menawarkan untuk menerbitkan kisah hidup Vida.

“Saya harap satu hari nanti Netflix akan tawarkan untuk buat kisah sebenar tentang hidup Datuk Seri yang penuh dengan komedi.

“Banyak pahala Datuk Seri menghiburkan kami selama ini. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya seolah berseloroh mengenai kisah cinta berpanjangan usahawan kosmetik itu dengan Iqbal.

Klik untuk gambar besar



Selain itu, pelakon Nad Zainal turut memberi komen lucu bertanyakan Vida mengapa perlu berjumpa sedangkan mereka boleh sahaja membuat panggilan video.

Semua komen tersebut muncul apabila drama yang melibatkan Vida dan Iqbal makin menjemukan netizen dengan pelbagai lakonan bersiri. Netizen juga mencadangkan mereka berhenti berlakon dan sebaliknya berkahwin terus jika benar-benar sudah tidak mampu mengawal diri.

Malah melalui Kosmo, Vida berkata dia sanggup menyelamatkan bakal suaminya itu dan sanggup mengenepikan soal maruahnya demi membantu Iqbal daripada sihir pihak yang iri hati dengan kebahagiaan dan kejayaannya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: