19 October 2021

KEKASIH SAJAT PERSENDA PEGAWAI PDRM - POLIS ANGGAP ASAM GARAM



Semua mengetahui mengenai kes Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, yang sehingga kini masih dalam buruan. Malah, Sajat baru-baru ini muncul di Instagram (IG) Live dan dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia untuk mendapatkan perlindungan status pelarian menggunakan kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang dimilikinya.

Terkini, kekasih kepada usahawan kosmetik itu bernama Jad Issa atau dikenali sebagai Jadoos menerusi Insta Stories miliknya dilihat cuba mencetuskan kontroversi apabila secara tiba-tiba 'menyerang' seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran tersebut, lelaki warga Lubnan itu memuat naik sekeping gambar yang seakan mempersendakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dengan meletakkan topi berkipas pada kepala serta memakai kaca mata hitam selain ditambah gambar pizza pada tangan kanan dan gelas minuman di tangan kiri.

Klik untuk gambar besar



Tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar kekasih Sajat itu memuat naik gambar Abd Jalil yang diubah suai sedemikian. Namun, ia dipercayai ada kaitan dengan cubaan PDRM membawa pulang Sajat ke negara ini, yang sebelum ini melarikan diri ke Thailand untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Sementara itu, Abd Jalil yang dihubungi Berita Harian, hari ini beranggapan tindakan Jad Issa itu sebagai perkara lumrah yang dihadapinya sepanjang bertugas sebagai pegawai polis.

"Pada pandangan saya, ini semua asam garam dalam penugasan harian sebagai pegawai polis. Saya dan anggota lain dalam PDRM akan tabah menghadapi ujian ini dan akan melaksanakan penugasan berdasarkan undang-undang negara," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: