19 October 2021

SELEPAS JET PERIBADI - PERCUTIAN MEWAH DATUK RIZALMAN PULA DIPERSOAL



"Four Seasons sahaja pun... Kalau bilik RM70k+ baik duit tu sedekah dekat orang yang memerlukan. Ketika orang Malaysia ramai yang tengah susah, tak payahlah kongsi di sosial media," demikian tulis pengguna Facebook berhubung percutian mewah pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim bersama anak-anaknya, Umar 19 dan Aali, 9, yang terbang ke Pulau Langkawi, Kedah.

Sesampainya di pulau legenda itu, Rizalman yang cukup popular dalam kalangan selebriti tempatan itu difahamkan menginap di Hotel Four Seasons, salah sebuah hotel terkemuka di sana.

Sungguhpun percutian Rizalman itu kelihatan seperti percutian-percutian mewah sebelumnya, namun lain pula kali ini. Percutian Rizalman itu disifatkan sebagai satu keseronokan sementara, malah fesyen yang digayakan olehnya menerusi perkongsian video berkenaan juga mendapat kritikan daripada netizen.

Klik untuk gambar besar



"Pelik, nak kata pakaian lelaki, macam pakaian perempuan. Kasut pun sama... dengan handbag bagai. Apa sebenarnya content dia nak tunjuk? Nanti orang bercakap-cakap mulalah mulut dia maki hamun orang. Walhal dah sah-sah nak tunjuk sikap tak baik.

"Maaflah, bukan dengki, memang rezeki tapi tak perlu kot nak over-expose macam ni. Riak pula nampak gayanya," katanya.

Sebelum ini, tular Rizalman menaiki jet peribadi yang dikatakan miliknya. Ada diantara netizen berkata, takkan pereka fesyen itu mampu memiliki jet peribadi... ini kerana ia termasuk juga kos minyak, pemandunya serta tempat penyimpanan jet peribadi tersebut yang menelan belanja agak besar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: