28 October 2021

REZEKI DI KALA PANDEMIK - ASHRAF MUSLIM RASA SEDIH TUNAI UMRAH SELEPAS PEMERGIAN BAPA



"Memang rasa lain kali ini saya mengerjakan umrah selepas pemergian ayah. Tak boleh saya nafikan sangat sedih apabila ayah meninggal dunia. Dulu Allah ambil mak saya ketika di usia 25 tahun. Ketika usia 40, Allah ambil nyawa ayah pula.

"Selepas arwah mak tak ada, dialah ibarat ibu dan bapa. Dialah jadi tempat mengadu, menangis, lepas rasa marah, bercakap dan bergurau. Pendek kata semualah saya kongsi dengannya. Termasuklah nak jaga hati dan menyayangi dirinya. Ralat apabila dia sudah tiada.

"Selepas hampir dua tahun kita diuji dengan pandemik, nak balik ke rumahnya pun sukar. Pengakhiran, saya dikejutkan dengan pemergiannya. Walaupun perit, saya reda seikhlas baik dan tenang biar tanpanya di sisi lagi," ujar pelakon Ashraf Muslim yang berkongsi rasa sedihnya atas pemergian bapa tercinta, Muslim Bulat yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 28 September lalu.

Dalam pada itu, Ashraf mengakui dia mendapat tawaran saat akhir bagi mengerjakan ibadah umrah pada 13 Oktober lalu. Ashraf, 40, berkata, dia pada awalnya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke sana memandangkan situasi pandemik.

Klik untuk gambar besar



"Saya pergi kali ini seorang diri bersama jemaah lain sekitar 11 orang. Memang ahli keluarga saya termasuk isteri dan anak tak turut serta. Tidak ada perancangan pun nak ke sana memandangkan akur dengan situasi semasa Covid-19. Tapi kerinduan nak jejak kaki ke sana memang tak terkata.

"Semua berlaku pada minit akhir apabila pihak agensi kembara menghubungi saya. Malah, saya beri jawapan dalam masa sehari termasuk membuat persiapan yang perlu. Esoknya saya berlepas ke sana," katanya.

Menurut Ashraf, dia yang pergi bersama Emraz Travel & Tours Sdn Bhd menjadi antara wakil rombongan jemaah pertama dari Malaysia ke sana memasuki Arab Saudi selepas kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negara. Malah, Ashraf ke sana turut mengikut prosedur operasi standard (SOP) baharu dan ketat, selain lengkap dua dos vaksinasi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: