Pelakon Rita Rudaini menerusi muat naik di Insta Stories miliknya telah mendakwa satu lagi produksi drama telah menggugurkan namanya bagi mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dalam entri tersebut, Rita yang sebelum ini digugurkan dari drama 100 episod itu mendakwa wujudnya diskriminasi antara mereka yang sudah divaksin dengan yang belum menerima suntikan tersebut.
Menurut Rita, SOP sama sahaja berbanding sebelum ini dimana perlu membuat ujian calitan dahulu sebelum kerja walaupun belum divaksin dan boleh bekerja seperti biasa.
"Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama pasti. Hanya kerana 'SOP MKN', SOP diskriminasi. Kenapa perlu ada ujian calitan lagi nak bekerja jika dah vaksin?
"Sama sahaja SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swab test dulu sebelum kerja. Jadi apa bezanya sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke vaksin pun boleh jadi pembawa, apa bezanya?
Klik untuk gambar besar
"Okey, bezanya memang nak 'paksa' walaupun kata 'tidak wajib'. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Yang dalam kesusahan sampai kena naik bendera putih, tak nak pergi cari. Belum vaksin ini pula kerah usaha pergi cari rumah ke rumah," katanya.
Dalam pada itu, Rita mendedahkan ada pihak menawarkan menjual sijil vaksin palsu namun dia menolak kerana mahu mencari rezeki yang halal.
"Ada pihak menawarkan kepada saya vaksin tipu-tipu untuk senang bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas. Saya tidak perlu nak tipu diri sendiri dan juga orang lain hanya untuk memuaskan SOP kerajaan.
"Kerana rezeki kita semua di muka bumi ini, Allah yang pegang. Bagi saya, ini satu ujian Dia kepada saya. Dia ingin melihat saya sabar atau kecundang dengan ujianNya," ujarnya.
Sebelum ini, Rita berkata dia tidak kisah meskipun digugurkan dari senarai melakonkan drama 100 episod kerana percaya bahawa rezeki di tangan Allah.
________________________
No comments:
Post a Comment