07 October 2021

SERIUS DENGAN SESEORANG - FIZO OMAR AKHIRI ZAMAN DUDA TAHUN INI?



Baru-baru ini, timbul desas-desus mengatakan pelakon Fizo Omar bakal melangsungkan pernikahan pada 21 Oktober ini. Usaha media untuk mendapatkan kenyataan Fizo tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak berjawab.

Sementara itu, bekas isterinya, Mawar Abd Karim ketika dihubungi bagi bertanya berhubung perkara tersebut berkata, bekas suaminya itu juga memaklumkan dia serius dengan perhubungan itu. Menurut Mawar, dia mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya itu jika apa yang diperkatakan itu benar

"Dia memang ada cakap nak kahwin, tapi tak tahu bila. Dia memang ada beritahu sedang berkawan dan serius dengan seseorang. Soal bila nak kahwin tu, dia hanya kata tahun ini dan dalam perancangan tapi tak tahu bila. Kira okaylah dia beritahu saya.

Klik untuk gambar besar



"Dia cakap lama dah soal ini. Saya kata okay dan syukur. Jadi, saya doakan yang terbaik buatnya. Semoga dapat belajar dari kesilapan, lebih matang dari segi keputusan. Sekali lagi, kita doakan yang terbaik," katanya.

Untuk makluman, Fizo dan Mawar bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: