Dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah sejak 1 Oktober lalu, pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman, 57, kini semakin stabil selepas menjalani rawatan laser untuk memulihkan jantungnya, Isnin lalu.
"Keadaan saya, Alhamdulillah lebih baik sekarang. Cuma, pergerakan masih terhad dan insya-Allah kalau semua okey saya akan dibenarkan keluar hospital dan boleh balik rumah inap (homestay) dulu. Selepas tiga hari, kalau okey lagi keadaan saya sepenuhnya mungkin boleh sudah dibenarkan balik ke Kelantan pula.
"Saya perlu menjalani rawatan laser itu untuk menutup jantung di bahagian atas yang rosak. Alhamdulillah, saya makin sihat dan doktor kata keadaan jantung juga kini stabil walaupun bengkak sedikit.
"Apapun, keadaan kesihatan saya masih lagi harus di pantau oleh doktor di CCU ini. Bagaimanapun, keadaan saya sekarang agak lebih baik dan Alhamdulillah, syukur kepada Allah," katanya.
Terdahulu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman terpaksa menunda beberapa kali temujanji bersama doktor untuk rawatan susulan jantung di hospital berkenaan berikutan kes penularan Covid-19 yang tinggi.
Bob yang juga penulis lirik lagu popular 'Isabella' dan 'Taman Rashidah Utama', sebelum ini mengalami masalah jantung dan selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu 'Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di hospital terbabit pada awal Disember, tahun lalu.
________________________
No comments:
Post a Comment