09 October 2021

SHARIF NAFI ATU DISINGKIRKAN, ZERO BELUM 'BERKUBUR'



"Tidak ada juga istilah 'rampas-merampas' anggota kumpulan dan sebagainya," itulah jelas anggota kumpulan lawak Zero, Sharif yang menafikan seorang anggotanya, Atu disingkirkan apabila dia menyertai kumpulan Boro dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Sharif berkata demikian selepas timbul desas-desus mengenai pergolakan dalam kumpulan itu menyebabkan Atu ingin membawa haluan sendiri.

Kata Sharif, itu adalah keputusan Atu untuk menyertai kumpulan Boro yang turut dianggotai Achey dan Fad daripada kumpulan Bocey. Selain Sharif dan Atu, kumpulan Zero yang juga trio adik-beradik itu turut dianggotai Syaiful.

Namun, kumpulan yang menjuarai MLM2014 itu boleh dianggap 'berpecah' apabila Sharif bersama Syaiful kini menganggotai kumpulan Tiro dalam MLM2021 bersama Danial yang juga bekas peserta Lawak Solo.

Klik untuk gambar besar



Sharif berkata, tiada istilah berpisah atau berkecil hati kerana itu adalah pilihan Atu. Sharif ketika ditemubual di sidang media MLM2021 berkata, dia pernah bercakap jika tanpa Zero, dia takkan bertanding di MLM.

"Namun, ada juga peminat yang cakap, takkan disebabkan ketiadaan Atu, Zero tak lengkap dan saya tak bertanding. Jadi, di pentas MLM 2021, saya bersama Syaiful takkan hampakan peminat dan kami akan ubati kerinduan peminat bersama Danial dalam kumpulan Tiro," katanya.

MLM 2021 akan mula bersiaran pada 15 Oktober ini dan membariskan 11 kumpulan yang bakal bertanding. Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan pertembungan antara muka lama dan muka baru antaranya Achey, Fad, Vicha, Azlee Senario, Yassin Senario, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel, Farid Azmeir dan ramai lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: