"Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau? Kan? Dah dapat pucuk muda? Laju ek kau? Kau rasa?" tulis pengacara Azwan Ali menerusi Twitter yang merujuk artikel berkaitan pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Zizi, 36, yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan dimana suaminya, pelakon Yusuf Bahrin menghalangnya melakukan kerja berat. Bagaimanapun kenyataan Zizi itu menimbulkan spekulasi dirinya kini sedang hamil.
Penyanyi lagu 'Eh' itu ketika ditanya berhubung ciapa Azwan Ali atau dikenali Diva AA, mengakui tidak berkecil hati, malah menganggap ia satu doa buatnya agar segera diberikan rezeki cahaya mata.
"Saya tidak berkecil hati atau terasa dengan pendapat peribadi Diva AA (Azwan) itu. Saya juga sering terhibur dengan perkongsian santai dan bersahajanya itu.
"Kenapa saya hendak memandang negatif apa yang dia katakan, kerana kata-kata itu satu doa. Semoga ramai yang mendoakan saya untuk mendapat cahaya mata dalam tempoh terdekat," katanya.
Klik untuk gambar besar
Mengulas mengenai kenyataan tidak boleh melakukan kerja berat, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, berkata ia bukanlah disebabkan hamil.
"Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat. Insya-Allah, terima kasih juga kepada semua yang mendoakan baik-baik buat saya dan suami.
"Lagipun, perempuan memang tidak digalakkan untuk angkat barang berat. Kalau sebelum ini, semua benda saya buat sendiri. Kerja-kerja berat pun saya buat sendiri sebab tinggal seorang diri. Tapi bila dah kahwin, suami pula tolong," jelasnya.
Untuk makluman, Zizi dan Yusuf Bahrin selamat dinikahkan dengan sekali lafaz pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
________________________
No comments:
Post a Comment