09 October 2021

LEPAS PU SYED, USTAZAH ASMA PULA TEGUR KAK KM



"Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak. Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.

"Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan "founder" produk seumpamanya. Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, bagitu juga dengan jualan, walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan "marketing"...

"Kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, dimana perginya rasa malu dalam diri?

"Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemu-Nya, dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.

"Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati," kata Ustazah Asma' Harun menerusi satu perkongsian di Facebook dimana beliau meluahkan rasa kesal dengan sikap Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM, seolah tidak menhiraukan teguran.

Dalam kenyataan tersebut, Asma menegur secara umum tentang sikap peniaga yang lebih memetingkan keuntungan berbanding keredaan Allah. Asma turut mengingatkan bahawa tiada siapa mengetahui bila ajal mereka tiba dan bimbang tidak sempat memadam perkongsian foto atau video di media sosial.

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri yang tampil menegur usahawan sensasi, Kak KM mengenai kaedah pemasaran yang keterlaluan dan mempunyai aksi lucah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: