09 October 2021

TAK SABAR BERAKSI BERSAMA PUTEH - VICHA NAFI DIRINYA PUNCA JBORN TAK SERTAI MLM 2021



"Memang saya ada dengar khabar angin kononnya saya dan JBorn bergaduh sebab mereka tak bawa saya bersama ketika MLS musim kedua. Berita itu tidak benar. Hubungan saya dengan anggota JBorn iaitu Joey dan Khir Rahman tidak pernah ada masalah.

"Yang kata saya tolak tawaran JBorn sebab kecil hati pun tak benar. Puteh terlebih dahulu mempelawa saya untuk bersama mereka dalam edisi ke-sembilan ini.

"Mengapa JBorn tidak sertai MLM 2021, tidak ada kaitan dengan saya," jelas pelawak dan usahawan Vicha menafikan menjadi punca kumpulan JBorn tidak menyertai pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.

Vicha turut menolak dakwaan kononnya dia berjauh hati dengan kumpulan JBorn kerana menggantikan tempatnya dengan Man untuk menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim kedua.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan perkata tersebut, Vicha juga dikatakan telah menolak pelawaan JBorn untuk bergandingan dalam MLM 2021. Ditanya mengenai persiapannya menjelang MLM 2021, Vicha menjanjikan persembahan terbaik bersama Puteh.

"Saya akan cuba memberikan yang terbaik bersama Puteh dan berasakan ini peluang terbaik buat saya untuk mengutip seberapa banyak pengalaman. Kerana bagi saya, setiap kumpulan cara kerja dan sudah tentu persembahan adalah berbeza.

"Contohnya ketika saya bersama Say Who lain dan Jborn juga lain. Kedua-dua kumpulan ini ada kekuatan tersendiri. Jadi, daripada situ saya kutip pengalaman dan belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada," ujarnya.


Mengulas mengenai penampilan pertama kalinya di pentas selepas mengenakan hijab, Vicha berkata dia tetap sama seperti dahulu.

"Saya tetap Vicha yang sama, uma agak gementar dengan penerimaan penonton MLM 2021 nanti memandangkan ini kemunculan pertama di pentas selepas berhijab.

"Cuma mungkin persembahan saya akan lebih berhati-hati supaya tidak berlebih-lebihan seperti elak bersentuhan,InsyaAllah. Doakan saya Istiqomah," katanya.

MLM 2021 akan mula bersiaran selama sepuluh (10) minggu secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: