09 October 2021

TERTUNDA SETAHUN, AKHIRNYA FILEM BACKSTAGE BAKAL DITAYANGKAN DI PAWAGAM



Setelah tertunda lebih dari satu tahun rentetan pandemik Covid-19, filem Backstage yang merupakan kolaborasi Astro Shaw bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia, akhirnya bersedia untuk ditayangkan di bioskop (pawagam) seluruh Indonesia bermula 30 Disember 2021.

Filem Backstage akan turut ditayangkan di Malaysia dan akan diumumkan tarikh tayangannya kelak. Filem Backstage akan menjadi filem pertama daripada Astro Shaw untuk tayangan di panggung wayang sejak pawagam tanah air di buka semula selepas pandemik Covid-19.

Filem ini menampilkan pelakon Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Priscillia dan pelakon filem box office Dilan 1990, Vanesha Prescilla. Ia mengisahkan tentang kisah adik dan kakak yang mempunyai impian masing-masing, namum kakaknya sanggup berkorban demi adiknya yang mahu menjadi bintang terkenal.

Klik untuk gambar besar



"Proses pembikinan filem ini daripada fasa penggambaran, kemudian ke fasa penyuntingan telah mengambil masa yang panjang dan setelah menunggu dua tahun, saya rasa gembira akhirnya filem Backstage akan menemui penonton di pawagam," ujar Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman.

Sementara itu, pelakon Sissy Prescillia yang menjayakan watak utama Sandra menyatakan bahawa beliau telah pun menyaksikan filem ini ketika proses pasca produksi. Sissy juga melahirkan rasa sangat berpuas dengan hasilnya.

"Saya berpuas hati dengan hasilnya. Kerja keras kami selama pandemik seperti sudah terbalas. Elemen drama kakak dan adiknya sangat kuat dan lagu-lagu yang dipersembahkan juga pasti akan memikat hati penonton. Filem ini wajib ditonton di pawagam," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: