09 October 2021

"ADA SIKIT SALAH FAHAM... TAPI TAK ADA APA-APA PUN" - JAWAB SHUK ISU ISTERI 'MEROYAN' LAGI



"Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang zalim daripada ini... sakit sangat. Selama ini aku percaya Allah bagi aku kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara Allah menjadikan aku kuat dan sabar dengan masa depan.

"Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi, sedih sangat tapi bersyukur Allah tunjukkan kebenaran.

"Anak-anak lah penguat ku, aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah anak-anak kecil ni walaupun aku kena maki," demikianlah tulis isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera yang sekali lagi bersuara di media sosial tentang masalah yang wujud antara mereka suami isteri.

Klik untuk gambar besar



Nampaknya drama kisah rumah tangga Shuk bagaikan tiada titik noktah apabila isterinya terus bersuara dengan memberi bayangan rumah tangga mereka kembali retak apabila janji yang dibuat untuk tidak berlaku curang dikhianati lagi.

Tambah Sera, dia sungguh terkilan dengan apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha untuk memperbaiki hubungan bersama suaminya. Katanya dia cuba bertahan kerana memikirkan tentang nasib anak-anaknya yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Dalam pada itu, mStar menghubungi Shuk untuk mendapatkan kepastian tentang situasi rumah tangga dia dan Sera. Ujar Shuk, dia akui berlaku salah faham antara dia dan isterinya namun menyifatkan ia tidak serius.



"Sebenarnya memang ada sikit salah faham Shuk dengan Sera tapi tak ada apa-apa pun. Sekarang saya ada di Pulau Pinang ada shoot sikit, saya taknak komen lebih fasal ni InsyaAllah tak ada apa-apa yang berlaku," ujar Shuk berhubung status isterinya.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun

Terdahulu, rumah tangga Shuk bergolak apabila didakwa curang dengan seorang wanita. Shuk mengkaui menyesal dengan kesalahannya dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: