26 October 2021

SHUHAIMI LUA MASUK HOSPITAL, ALAMI TEKANAN DARAH MENDADAK



Pengarah dan penerbit Shuhaimi Lua telah mengalami muntah-muntah ketika berada di lokasi penggambaran drama bersiri 'Oh Mu Hantaran' sehingga dikejarkan ke hospital selepas tekanan darahnya naik mendadak, semalam.

"Semalam, seperti biasa saya berada di set penggambaran Oh My Hantaran. Sewaktu makan tengah hari, saya muntah-muntah. Pembantu peribadi saya seterusnya membawa saya ke pusat perubatan di Jalan Pahang sebelum dipindahkan ke pusat perubatan lain di Damansara," katanya.

Ditanya mengenai punca tekanan darahnya naik mendadak, Shuhaimi tidak menolak cuaca menjadi punca utama di samping perkara lain yang membuatkannya tertekan.

"Mungkin sebab cuaca terlalu panas membuatkan tekanan darah saya melambung. Selain itu, saya juga risaukan keadaan pelakon drama saya, Noki yang sakit selama 18 hari.

"Selain itu, faktor lain yang membuatkan saya banyak berfikir dan tertekan adalah mengenai gelembung yang ditetapkan untuk penggambaran dan pelbagai operasi yang menyulitkan keadaan," jelasnya.

Dia bagaimanapun meminta pihak hospital supaya memberikan kebenaran kepadanya untuk kembali bekerja: "Saya minta untuk keluar dari hospital hari ini kerana kerja semakin bertambah. Memang rezeki semakin bertambah, jadi sebab itulah saya kena kembali bekerja secepat mungkin," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: