26 October 2021

DINIE RASHID DEDAH PERNAH DICOP MENIPU SEBAGAI BUTA



"Saya pernah dicop sebagai penipu (menipu sebagai buta). Banyak tuduhan yang diberikan kepada saya seperti kenapa 'mamat' ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini? Malah sebelum ini, saya pernah dikritik kerana menyertai futsal yang disediakan khas untuk individu cacat penglihatan.

"Menurut mereka, 'Kata tak nampak tapi main futsal', ada juga yang komen 'Mana boleh orang yang tak nampak pegang telefon bimbit'," penyanyi Dinie Rashid yang mengakui pernah dituduh menipu sebagai orang buta oleh segelintir pihak kerana mampu melakukan beberapa aktiviti seperti orang normal.

Dalam pada itu, Dinie menyifatkan pengakuannya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah untuk memberi kefahaman kepada khalayak terhadap masalah penglihatan yang dihadapinya.

Dinie, 29, yang menderita masalah 'molecular dystrophy' berkata, dia enggan melihat kekurangan yang dialami sebagai satu 'beban' sebaliknya ingin memberi kefahaman yang lebih jelas.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, masalah 'molecular dystrophy' adalah masalah yang menyerang pada saraf mata sehingga mengganggu penglihatan. Difahamkan, Dinie mula mengalami masalah itu sejak berusia 20 tahun dan kini dia hanya mampu melihat sebanyak 20 peratus saja.

"Tidak dinafikan, ada yang fikir OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada mereka yang buta secara total. Hakikatnya tidak benar sama sekali kerana ada masalah lain yang turut menyumbang kepada kegagalan untuk melihat dengan jelas. Jadi, sebab itu saya cuba terangkan kalau ada kesempatan.

"Walaupun tidak dapat melihat dengan jelas, saya tidak pernah melihat ini sebagai satu kekurangan. Sebaliknya saya suka untuk kongsi dengan orang luar mengenai penyakit yang saya alami ini. Pada awalnya, saya pun segan dengan situasi saya ini, tapi saya percaya ramai yang senasib serta berkongsi rasa yang sama," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: