26 October 2021

SHUK NAFI BUAT LAWAK 'DOUBLE MEANING' DI KONTI, MAHU SAMAN - GADIS TAK TAKUT, ADA SAKSI



Nama Shuk Sahar nampaknya terus hangat diperkatakan apabila yang terbaru tular perkongsian di Twitter seorang gadis berkongsikan kisah mengenai perangai Shuk dengan mendakwa pelawak itu cuba untuk membuat jenaka 'kotor' atau 'double meaning' ketika pertemuan mereka di stesen radio tahun lalu.

Dakwa individu itu, Shuk beberapa kali cuba untuk 'double meaning' dengannya namun dia terus menukar topik. Tidak mahu pendengar yang mendengar dirinya tidak dihormati, dia bertindak menolak 'double meaning' yang dilakukan oleh Shuk.

Sedar mengenai perkongsian tular gadis tersebut, Shuk menghubungi gadis berkenaan di Instagram mengenai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Menerusi mesej tersebut, Shuk menafikan dia mengenali dan pernah menemu bual wanita tersebut seperti yang didakwa serta mahu mengambil tindakan undang-undang.

Klik untuk gambar besar



Memuat naik mesej yang dihantar oleh Shuk, gadis itu bagaimanapun mengakui memiliki dua saksi kejadian dan mendakwa tidak takut dengan amaran Shuk itu.

Melihat pada entri lain pula, gadis itu turut memuat naik video mendakwa Shuk membuat lawak 'double meaning' ketika menghadiri konti radio terkenal tempatan pada tahun 2020.

Dalam masa sama, gadis berkenaan berasa kesal dengan mesej Shuk yang masih menafikan tindakannya. Dek kerana itu, dia berharap akan ada lelaki membuat 'double meaning' pada anak perempuan Shuk dan pastikan pelawak tersebut juga boleh ketawa sama-sama.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: