25 October 2021

NADIYA NISSA AKUI RAGU BEKERJA DENGAN RAKAN LAKON LELAKINYA SEKARANG



Pelakon Nadiya Nissa mengakui berasa ragu untuk bekerja dengan rakan artis lelakinya sekarang. Nadiya juga menegaskan agar piagam yang diadaptasi daripada Code of Conducts & Standard Practice (CoC) harus diadakan segera supaya dia boleh berbincang dan mengusulkan pada pihak produksi yang sedang dia jalani pengambaran sekarang.

"Saya akan sentiasa menyokong segala usaha kepada perubahan bagi mewujudkan perkembangan dan cara kerja yang positif dalam industri. Berikutan kes baru-baru ini, telah membuka mata kita bahawa masih ada yang buta akan soal adab dan etika bekerja. Ini membuatkan kita tidak bertanggung jawab terhadap peranan masing-masing dalam penghasilan satu karya/ produksi.

"Saya ragu untuk bekerja dengan rakan lakon lelaki saya sekarang. Justeru itu, CoC harus diadakan segera supaya saya boleh berbincang dan usulkan pada pihak produksi yang sedang saya jalankan pengambaran sekarang," ujar Nadiya atau nama sebenar Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 36.

Klik untuk gambar besar



Pelakom filem 'Cun!' itu berkata masih terdapat segelintir penggiat seni tempatan yang tidak mempedulikan soal adab dan etika dalam bekerja. Jelas Nadiya lagi, disebabkan sikap sambil lewa tersebut, ramai yang tidak bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing dalam menghasilkan sesebuah karya atau penerbitan produksi.

Sementara itu, sebanyak 29 syarikat, anggota gabungan serta 50 penggiat seni filem, TV dan penerbitan mengadakan inisiatif untuk berikrar menyokong satu Tatakelakuan bagi misi menjaga integriti industri hiburan tempatan. Kerjasama Gabungan Pelakon Berintegriti Malaysia (Iman) dan Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) berikrar menyokong inisiatif itu yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli dalam industri hiburan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: