17 October 2021

TUNANG YONNYBOII JAWAB ISU PERAMPAS: "DIA TIPU, DIA CURANG... SAYA PERGI SEBAB DIA"



"Yonny tak rampas. Malah, dia lagi banyak nasihatkan saya untuk bersabar. Minta saya beri lagi peluang kepada pihak di sana kerana hubungan itu dah lama hancur meski sebelum kami putus. Dia tipu, dia curang. Kita yang perempuan ni pun dah tawar hati. Bila dah tersakiti sangat, kita pandang dia pun jadi sakit.

"Saya pergi ni pun sebab diri dia juga. Jangan salahkan orang lain," itulah jelas tunang kepada penyanyi Yonnyboii, personaliti media sosial Nik Nazira yang tampil bersuara berhubung isu bekas kekasihnya, penyampai radio Imran Aqil mendakwa Yonnyboii seorang perampas.

Kata Nazira, hubungannya bersama Imran telah pun berakhir dan Yonnyboii merupakan antara individu yang sentiasa memberikan semangat kepadanya saat dia berasa sedih. Dalam pada itu, Nazira juga turut menafikan sekeras-kerasnya suara-suara nakal yang mendakwa dia memilih Yonnyboii disebabkan populariti yang dimiliki bintang tersebut.

"Terkenal atau tidak itu bukan satu masalah. Sebab pada akhirnya nanti, bukan populariti itu yang jaga saya. Popular macam mana sekali pun, kalau dia tak boleh jaga saya, merana juga. Saya pilih dia sebab Yonny ada kritiria yang 'dia' takkan pernah ada. Orang tak boleh cakap, hanya kerana dia nampak baik di alam maya, tak bermakna dia baik di alam nyata. Saya kenal dua dua pihak. Saya tahu nak menilai mana baik dan buruk.

Klik untuk gambar besar



"Takkan la kita nak memperjudikan diri sendiri hanya kerana seseorang itu popular sahaja. Nanti pasangan sendiri tak terjaga kerana sibuk nak jaga populariti. Soal jodoh ni Allah dah tentukan. Kalau Dia dah merancang sebegitu, siapa saya nak menolak," ujarnya lagi yang selamat mengikat tali pertunangan dengan Yonnyboii pada tanggal 9 Oktober lalu.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual berama Melodi, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin tampil mempertahankan dirinya dan menjelaskan mengenai khabar angin tersebut. Menurut Yonnyboii, dia menafikan segala dakwaan tersebut dan menyifatkan perhubungan mereka telah terjalin selepas Nazira dan Imran berpisah.

"Tiada istilah merampas pun sebenarnya. Kami mula-mula memang berkawan je tapi perhubungan itu telah terjadi. Jadi, kami pun tak tahu nak explain macam mana. Rampas atau tidak, perkara itu dah terjadi. Cuma kami go with the flow. Saya tahu mereka masih berkawan.

"Saya ada bersama dia sewaktu dia sedih. Saya kawan baik dia. Jadi segala cerita yang dia tak puas hati, dia ceritakan kepada saya. Dia rasa susah hati nak cerita dekat pihak di sana. Dia pun banyak dengar masalah-masalah saya yang sebelum ni. Kalau boleh, tengoklah balik silap sendiri. Ada sebab dia pergi janganlah menyalahkan Nik Nazira sahaja. Kesian dia," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: