17 October 2021

BILA HAIRUL AZREEN SEKELUARGA DIPELAWA TAN SRI VINCENT TAN NAIK KAPAL MEWAH



Sebelum ini, pasangan selebriti pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha baru-baru ini berkongsi video mereka sekeluarga menaiki helikopter ketika bercuti ke Pulau Redang, sehingga menjadi perhatian ramai.

Terkini, keluarga ini menyambung percutian mereka dengan menaiki kapal layar mewah milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Hairul memaklumkan tidak sengaja bertemu salah seorang individu terkaya di Malaysia yang mempelawa mereka sekeluarga menaiki kapal mewahnya.

Klik untuk gambar besar



Katanya lagi, mereka sepatutnya pulang lebih awal namun rezeki buat keluarga mereka apabila menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di pulau berkenaan.

"Sepatutnya saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ni, sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia Tan Sri Vincent Tan. Lepas tu dia ajak naik superyacht Asean Lady, rezeki anak-anak," tulis Hairul.

Perkongsian Hairul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja dan tumpang gembira apabila keluarga itu mendapat peluang bertemu dengan ahli perniagaan hebat berkenaan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: