14 October 2021

TURUN HAMPIR 10KG - AMELINA KINI MAKIN LANGSING



"Dulu, saya memang kuat minum Coca Cola walaupun waktu bersarapan. Setakat ini saya berjaya mengurangkan berat badan dari 72.2kg ke 63kg. Paling penting adalah diet dan saya memang menghentikan pengambilan gula. Di samping itu, saya juga melakukan senaman kardio dan antara yang menjadi kegemaran saya adalah aktiviti zumba. Memang kalau dapat muzik yang 'best', memang layan," katanya.

"Nasi pun memang saya kawal. Kalau 'cheat day' pun saya makan dalam kuantiti yang sedikit. Alhamdulillah selepas sebulan, memang nampak hasilnya," ujar penyanyi dan pelakon, Amelina Amir, 47, mengenai perubahan bentuk badannya selepas berjaya menurunkan hampir 10 kilogram (kg).

Amelina ketika dihubungi berkata, dia mengambil keputusan untuk memotong pengambilan gula dalam makanan dan minuman di samping melakukan senaman kardio. Selain itu, Amelina juga mengawal pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi.

Menerusi laman Instagram, ramai pengikutnya memuji bentuk badannya yang kini nampak lebih langsing. Terbaru, Amelina kini mula kembali sibuk dengan kerja-kerja seni selepas aktiviti industri kreatif kembali dibenarkan beroperasi.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: