06 October 2021

UKUR BAJU NIKAH, BRIDAL SHOWER - KAMAL & UQASHA DAH NAK NIKAH?



Menerusi dua video pendek yang dimuat naik dalam Instastory, pelakon Kamal Adli dilihat mengambil ukuran baju bersama dua jenama pakaian popular iaitu Lord's Tailor dan Rizman Ruzaini.

Dek kerana itu, tunang kepada pelakon Uqasha Senrose itu telah diminta memperincikan perkongsian video memperlihatkan dirinya sedang membuat ukuran baju bersama di beberapa butik jenama popular menerusi Instagramnya.

"Maaf, baru selesai ukur baju," katanya ringkas.

Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, dilihat sibuk diambil ukuran badan oleh beberapa pereka fesyen tersohor tanah air bagi menyarung baju dikatakan bakal digayakan pada hari bahagianya bersama Uqasha yang masih belum didedahkan tarikh pernikahannya kepada umum.

Klik untuk gambar besar



Ditebak pertanyaan sama ada hari pernikahannya dengan Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen semakin dekat, Kamal hanya membalas perihal itu dengan menghela tawa, sekali gus membiarkan teka-teki itu terus menjadi persoalan ramai.

Sementara itu, melihat pada beberapa hantaran lain di laman Instagram, Uqasha dilihat seperti menghadiri 'Bridal Shower'. Dalam acara tersebut, Uqasha kelihatan cantik mengenakan busana berona putih.

Apa-apa pun tahniah kami ucapkan... semoga urusan pernikahan pasangan ini berjalan dengan lancar.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: