06 October 2021

BILA NEELOFA MAIN TEKA-TEKA WAJAH 'BAKAL ANAK'



Nampaknya nama Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen dalam media sosial. Kali ini, Neelofa memuat naik sebuah video menggunakan aplikasi tekaan wajah bayi hasil gabungan rupa paras ibu bapa.

Dalam video tersebut, aplikasi tersebut menunjukkan bayangan dua wajah iaitu bayangan anak lelaki dan perempuan hasil gabungan wajahnya dengan suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.

Pada awalnya, ramai yang menyangka video tersebut dihasilkan oleh kumpulan peminat fanatik bekas pengacara program Next to Neelofa itu, namun sebaliknya yang berlaku apabila rata-rata memberitahu kandungan tersebut dimuat naik sendiri oleh Neelofa.

Rata-rata peminat melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka selebriti berniqab itu memuat naik video tersebut serta memiliki akaun TikTok sendiri.

Tidak cukup dengan itu, ramai yang menganggap video tersebut merupakan bayangan (hint) Neelofa untuk membuat hebahan awal kepada umum bahawa dia sedang hamil anak pertama.

Klik untuk gambar besar



"Aku ingat ini akaun peminat tetapi rupa-rupanya Neelofa sendiri yang muat naik," komen seorang netizen teruja.

"Saya tahu ini hint mengenai awak akan menimang cahaya mata tidak lama lagi," tulis seorang pengguna TikTok.

"Tahniah Neelofa. Bakal ibu-ibu memang suka buat benda macam ini," gurau seorang lagi netizen.

Sehingga kini, video yang dimuat naik tiga hari lalu itu telah mencapai sejuta tontonan dan meraih lebih 87,000 tanda suka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: