23 October 2021

WUJUD BANYAK AKAUN PALSU ISTERI - FIZO OMAR MINTA HENTI IKUTI



"Ini bukan Instagram rasmi isteri saya. Berhenti mengikuti individu yang entah siapa-siapa. Kepada yang berkenaan berhenti gunakan nama orang lain untuk kepentingan peribadi!" kata pelakon Fizo Omar menerusi hantaran di Instagram Story yang meminta peminat supaya tidak mengikuti akaun palsu isterinya, Fazeera Nazri Azrai selain memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

Tidak sampai 24 jam selepas akaun Instagram rasmi isteri Fizo diwujudkan, sudah banyak akaun palsu menggunakan nama dan gambar isterinya digunakan pihak tidak bertanggungjawab. Tindakan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, membuat penjelasan itu sekali gus menghentikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi detik hari pernikahan mereka sejak semalam.

Sebelum ini, pengurus kepada Fizo iaitu Mimi mengesahkan pelakon itu mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang berusia 25 tahun itu di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, kelmarin. Majlis itu diadakan secara tertutup pada jam 10 pagi membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Untuk makluman, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013. Bagaimanapun keduanya berpisah pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: