25 October 2021

ZAQUAN ADHA POSITIF, AKUI TIDAK ALAMI GEJALA TERUK



Kapten Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abdul Radzak menerusi Instagram (IG) live, malam tadi telah mengakui dirinya disahkan positif Covid-19 tiga hari lalu dan tidak mengalami gejala teruk.

Dalam IG live tersebut, Zaquan turut menasihati orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin sambil mengakui kepada pengikut yang menonton sesi tersebut suntikan vaksin mungkin penyebab dia tidak mengalami gejala serius.

"Kepada anda semua, ambillah suntikan vaksin. Ya, vaksin mungkin sebab saya tidak mengalami gejala teruk selepas dijangkiti virus ini. Saya ada athma, Alhamdulillah walaupun ada penyakit tersebut saya tidak ada semput atau deman kecuali hilang deria rasa dan bau," katanya menjawab soalan pengikut.

Klik untuk gambar besar



Tambah suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu, dia dan kembarnya Aidil Zafuan mempunyai masalah athma sejak kecil dan perkara tersebut amat membimbangkan ibunya.

"Mak saya memang sangat risaukan kesihatan saya sebab saya dan Aidil memang ada semput sejak kecil. Mak siap belikan saya supplement. Setakat ini bacaan Cycle Threshold (CT) value ataupun "nilai kitaran ambang" saya selepas ujian RT-PCR adalah 33," jelasnya.

Dalam pada itu, Zaquan juga berkongsi kepada para pengikutnya dia sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan hanya berada di dalam bilik.


"Dah dua hari duduk dalam bilik ni, 'pishangggg'. Tapi makan saya okay, hari-hari isteri saya hantar makanan sedap-sedap. Dalam bilik ni saya tak buka penghawa dingin cuma guna kipas sahaja. Dan saya akan selalu membuka tingkap untuk pengaliran udara yang baik," ujarnya.

Terdahulu, Zaquan memohon maaf kepada seluruh penyokong skuad Jang itu apabila mereka terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini, gara-gara kes penularan virus COVID-19.

Menerusi sebuah kenyataan rasmi, kelab itu mengesahkan bahawa empat pegawai dan 20 pemainnya dijangkiti virus berkenaan dan perlu menjalani pengasingan di rumah dan dipantau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: