25 October 2021

"BESTNYA KALAU DAPAT PERGI..." - ZIZI CARI WAKTU SESUAI TUNAI UMRAH BERSAMA SUAMI



"Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi... sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat. Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni... InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

"Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan... bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah," itulah kata penyanyi Zizi Kirana yang meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, pelakon Yusuf Bahrin.

Penyanyi lagu 'Eh' itu memberitahu dia sedang mencari waktu sesuai untuk ke sana. Sementara itu, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, yang sudah sebulan bergelar isteri Yusuf, 29, itu berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suaminya.

Menurut Zizi, kehidupannya kini berubah dimana sebelum ini hanya uruskan diri sendir sahaja, selepas kahwin dia perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri pula.

Klik untuk gambar besar



"Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

"Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

"Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah," ujarnya.

Untuk makluman, Zizi sah bergelar isteri Yusuf pada 19 September lalu dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: