25 October 2021

SETELAH 17 TAHUN - KUMPULAN 'BITTERSWEET' UCAP SELAMAT TINGGAL



"Alhamdulillah 17 tahun bukanlah sekejap untuk dihitung. Jika dikira ukur waktu, ia sudah cukup matang sebagai seorang insan. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan. Hari ini, di hari kelahiran saya yang ke-39, saya sebagai pengasas band Bittersweet mengambil keputusan untuk berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan.

"Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line up baru atau lama, untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT," demikian jelas ahli Bittersweet, Herri menerusi akaun Instagram yang memaklumkan kumpulan itu telah dibubarkan kerana ingin fokus kepada kehidupan peribadi dan juga kerjaya, setelah hampir 17 tahun menyinari industri muzik 'underground'.

Herri selaku pengasas kumpulan Bittersweet berkata, ia merupakan suatu keputusan yang berat untuk dibuat namun percaya perkara ini adalah langkah terbaik berikutan anggota kumpulan yang lain sudah pun merancang perjalanan masa hadapan mereka yang tersendiri.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, dia turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjadi tulang belakang kumpulan muzik tersebut selama ini.

Untuk info, kumpulan Bittersweet cukup popular dengan lagu berjudul 'Kucing Hitam', 'Hilang', 'Capital E' dan banyak lagi dalam kalangan peminat muzik 'underground' di Malaysia.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: