25 October 2021

"BUKAN PENYAKIT KELAMIN" - SYAFIQ FARHAIN TERKENA KUDIS HERPES DI BIBIR



Penyanyi Syafiq Farhain mengakui dia sering terkena jangkitan kudis herpes dan jangkitan tersebut menjejaskan aktiviti hariannya. Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 27, penyakit itu timbul selepas sahaja sembuh daripada demam panas.

Jelas Syafiq, virus itu menyerang sekiranya antibodi dalam badannya lemah, namun ia perlu dirawat dengan baik agar tidak merebak ke kawasan lain. Dalam pada itu, dia juga disarankan berehat dan tidak keluar rumah dan berkongsi tuala dengan orang lain bagi mengelakkan jangkitan.

"Herpes ni virus ada dua jenis iaitu HV-1 dan HV-2. Yang saya kena ni yang HV-1 hanya di kawasan bibir. Kalau HV-2 itu yang dekat kelamin. Sejak akhir-akhir ni kerap naik, sebulan sekali ada naik kat kawasan bibir. Jarang orang kena penyakit ini dan doktor beritahu virus yang saya kena ini memang dah ada dalam badan saya cuma aktif atau tidak sahaja.

"Dua hari lepas saya demam dan rasa tak sedap badan tapi saya masih lagi nak bersukan, malam tu suhu naik tinggi. Semalam saya mula rasa tak selesa dekat bibir, biasa ambil masa benda ni nak naik tapi malam tadi (Ahad) memang dah start bengkak di kawasan mulut.

Klik untuk gambar besar



"Benda ni akan keluar bila antibodi kita lemah. Masa kecil dulu pernah je kena. Last time kena rabak sikit mulut seminggu lebih baru okay. Bila jumpa doktor baru tahu benda ni akan kena dalam masa dua atau lima tahun sekali tapi sekarang tak tahulah... saya sering kena," katanya.

Sementara itu, penyanyi 'Kau Bidadari ini' berkata, selain berasa sakit, jangkitan tersebut juga menyukarkannya untuk menyanyi, makan dan bercakap.

"Banyak benda terjejas bila dah jumpa doktor dia kata kalau boleh jangan buat aktivti yang boleh buat badan kita panas. Permulaan benda ni akan gatal sikit so pemakanan juga kena jaga jangan makan daging.


"Saya memang susah nak bercakap, susah nak makan dan nak nyanyi pun susah sebab luka tu kering. Selain jaga makan saya kena rehat dulu kat rumah dalam beberapa hari. Kena makan ubat antibiotik, ubat sapu dan ubat gatal," jelasnya lagi.

Sekadar info, kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex disebabkan jangkitan virus Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1). Biasanya virus ini membabitkan jangkitan di bahagian mulut dan membentuk ulser yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan dan minum.

Individu yang dijangkiti HSV-1 biasanya mempunyai virus ini di dalam badan mereka seumur hidup. Virus ini akan terus menghuni sel saraf pesakit walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: