12 November 2021

23 HARI BERTARUNG - IBU MENTUA HAFIZUL KAMAL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Ibu mentua kepada pelakon Hafizul Kamal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3 petang kelmarin setelah 23 hari bertarung dengan wabak Covid-19.

Berita duka tersebut dikongsikan isteri Hafizul, Nurul Fariza Ibrahim. Meskipun agak berat baginya untuk menerima kenyataan tersebut, namum dia tetap reda dengan segala ketentuan Allah SWT.

Dikesempatan itu juga, Fariza mengakui hatinya berasa amat senang kerana diberikan kesempatan untuk menyempurnakan proses pengebumian jenazah ibunya itu dari awal hingga akhir.

"Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ibu yang saya sayangi yang telah meninggalkan kami semua pukul 3 petang 10 November 2021.

"23 hari cik bertarung dengan covid19 di hospital. Dari hospital A ke hospital B & dari wad biasa ke CCU utk covid patient. Sepanjang cik di hospital, kami satu keluarga dapat buat video call dengan cik, buat bacaan yasin sama-sama.

Klik untuk gambar besar



"Bila dapat tahu cik dh tak ada, adik sedih tapi adik tetap redha. Redha dengan ketentuan Dia. Adik diberikan rezeki terbesar dapat mandi, kafankan & teman cik sepanjang perjalanan dalam van jenazah. Adik tak tahu dari mana datangnya kekuatan ni tapi setitik pun tak menangis bila adik tengok muka cik. Adik bersyukur & happy tengok cik senyum. Muka cik suci bersih. Moga husnul khotimah cik. Moga syurga Firdaus buat cik.

"Banyak kebaikan yang cik dah buat di dunia. Urusan pengembumian cik semalam sangat dipermudahkan. Cepat & berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Ramai yg tolong utk uruskan cik. Cik baik ramai orang sayang.

"Dulu selalu jugak mempersoal kenapa la cik suka ambik tempahan makanan tapi cik suka letak harga murah murah sometimes rasa mcm tak padan dgn effort & masa tapi cik cakap “biarlah cik sedekah selebihnya”. Dulu org lain ambik upah tempahan baju kurung biasa RM40-50, cik ambik upah RM18-20 je. Selebihnya sedekah. Cik suka menjamu org makan dgn masakan cik yg sangat sedap tu. Mulianya hati cik

"Adik janji jadi anak yang solehah. Jaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga pertuturan, jaga penglihatan. Adik jadi anak cik ayah yang baik kat dunia ni. Adik janji. Sayang cik. Adik akan sentiasa merindui suara cik & gelak ketawa cik. Adik kuat cik. Cik jangan risau. Moga kita berjumpa lagi di syurga," tulis ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Fariza ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sebelum ini, Hafizul yang juga merupakan pelakon filem, 'Paskal' bersama anak sulungnya, Raisya Amanda telah pun disahkan positif Covid-19 pada Oktober lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: