12 November 2021

BILA HARITH ZAMZAM UMUM ISTERI HAMIL DALAM MV 'SHUT UP'



"Hari ini (Jumaat) dilancarkan MV rasmi lagu ini. Dalam MV itu saya juga berkongsi mengenai kehamilan isteri yang merupakan salah satu eleman utama kejutan. Alhamdulillah isteri saya sudah hamil. Saya abadikan berita gembira itu dalam MV lagu baharu... ada babak di mana isteri saya nampak mengandung, kena tengok betul-betul.

"Satu pengalaman yang cukup menarik sepanjang penghasilan MV ini, idea dan jalan cerita MV daripada pengarah, Hafreez Amminuddin atau Freeze... ia mengenai pasangan alien yang cuba memujuk isterinya," itulah kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Cute (Stop Lah So Being Cute)', Harith Zazman.

Harith atau nama sebenar Mohamad Harith Saifuzzaman, 27, berkongsi mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah menerusi video muzik (MV) lagu terbaharu berjudul 'Shut Up'.

Difahamkan usia kandungan isteri Harith kini memasuki tiga bulan dan berada dalam kesihatan yang baik. Untuk makluman, Harith dan Nuramalina selamat disatukan sebagai suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi mengenai percubaannya bergerak solo tanpa kolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Harith mengakui pada awalnya timbul rasa gementar dan kurang keyakinan.

"Ini adalah lagu solo pertama saya. Sejujurnya saya takut-takut juga pada awalnya, tapi pengurus saya cakap bila lagi nak buat menyanyi secara solo kalau bukan sekarang. Sebelum ini saya berkolaborasi dengan artis lain seperti Loca B dan Tuju.

"Kali ini pengurus cakap buatlah lagu dan menyanyi secara solo pula. Sejujurnya saya agak gementar kalau nak buat persembahan tanpa ada orang di sebelah, tapi saya fikir, saya kena juga belajar jika mahu terus bergerak solo dan ini waktu sesuai," ujarnya.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: