12 November 2021

WAJAH TERKINI PUTERI BALQIS YANG KEMBALI BERLAKON SETELAH LAMA MENYEPI



Semua sedua maklum mengenai keadaan Puteri Balqis yang diuji dengan penyakit. Malah kisah kesempitan hidupnya dipaparkan di dalam program Bersamamu TV3 awal tahun lalu sehingga mencuri perhatian orang ramai yang rata-rata tidak menyangka pelakon cilik ini berdepan kehidupan yang sukar.

Terkini, menerusi muat naik di laman Instagram Beto Kusyairy, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish muncul dengan penampilan terbaharu dalam drama berjudul 'Halimun', sekaligus telah mengubat rindu orang ramai untuk melihatnya dalam kaca TV, selepas lama menyepi dari bidang lakonan.

Melihat pada gambar yang dikongsikan, Beto bersama Puteri Balqis dan Nabila Huda ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama tersebut.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji penambilan terkini Puteri Balqis yang dilihat semakin dewasa, cantik dan matang.

"Aqish is back... We miss you… Keep strong." - "Dah besar dah aqish," antara komen-komen netizen.

Terdahulu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu memklumkan dia mengalami masalah kesihatan dan telah menulis memoirnya bertajuk 38 Poems of Puteri Balqis berdasarkan pengalaman hidupnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: