12 November 2021

SITI NURHALIZA JADI PERHATIAN LAGI - KALI INI TUDUNG BERHARGA RM4,100



Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tumpuan lagi sekali apabila kali ini tudung atau skarf yang digayakan oleh penyanyi tersohor itu untuk sebuah persembahan malam tadi menjadi bualan ramai.

Seperti sudah disangka, netizen telah melakukan siasatan mengenai harga selendang jenama Christian Dior yang dipakai Siti.

Hasil carian mendapati, skarf berwarna coklat yang diberi nama D-Oblique Shawl itu berharga RM4,100 sehelai. Bukan selendang biasa, ianya diperbuat daripada bahan eksklusif iaitu wul, kain kapas dan sutera.

Klik untuk gambar besar



Apa yang pasti rata-rata netizen memuji penampilan Siti pada persembahan malam tadi apabila dilihat lebih fresh dan nampak muda daripada usia.

Terdahulu, kecoh apabila penyanyi itu dilihat menggayakan seutas jam tangan jenama mewah, Richard Mille yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: