Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon era 1970-an, Fetty Dzul atas pemergiannya yang meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima pada usia 63 tahun di Hospital Selayang kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis.
Berita sedih pemergian Fetty atau nama sebenarnya Fatimah Abd Rahim itu dikongsikan anak arwah dikenali sebagai Ijat. Menurut Ijat, ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sejak 7 November lalu.
"Semoga Allah mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Terima kasih di atas semua ingatan dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.
"Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan, minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul," katanya.
________________________

No comments:
Post a Comment