18 November 2021

LAGU 'SAKIT' JADI RUJUKAN SPM - YONNYBOII TAK SANGKA, RASA BANGGA



Baru-baru ini tular di laman Instagram mengenai lirik lagu 'Sakit' ciptaan penyanyi Yonnyboii yang dijadikan bahan rujukan kertas model peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yonnyboii atau nama lengkapnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, ketika ditanya mengenai hal berkenaan berkata dia seakan-akan tidak percaya perkara tersebut berlaku dalam kerjaya seninya.

Ini kerana kata Yonnyboii, menjadi satu daripada impiannya untuk melihat karya muziknya dihargai masyarakat namun tidak pernah terfikir sampai tahap menjadi bahan atau rujukan soalan peperiksaan bertaraf kebangsaan.

"Saya ada tengok post (hantaran itu) dalam media sosial dan sudah tentu saya rasa bangga. Tak pasti untuk subjek atau mata pelajaran apa tapi rasa macam mimpi jadi kenyataan.

Klik untuk gambar besar



"Dulu waktu di bangku sekolah, saya selalu terfikir kalau suatu hari nanti, saya nak tulis lagu yang boleh buat orang nyanyi di perhimpunan pagi di sekolah atau di kem-kem motivasi.

"Sekarang, lagu saya ada dalam kertas soalan model SPM. Bukan nak terlebih bangga atau riak tapi ini juga bukti, kalau kita buat apa yang kita suka dalam hidup, pasti ada ganjaran atau kejayaan menanti di hujungnya.

"Orang jadikan lagu tulisan kita bahan model SPM untuk dikaji atau dijawab para pelajar, maknanya di situ ada harga dan ada nilai tersembunyi dalam lagu.


"Pada masa sama, disebabkan lagu 'Sakit' tentang kesihatan mental, situasi yang berlaku itu, secara tidak langsung, mendorong orang terutama golongan pelajar lebih cakna tentang kesihatan mental mereka," kata Yonnyboii.

Utuk makluman, lagu 'Sakit' yang merupakan ciptaan Yonnyboii dan Zynakal adalah antara lagu popular sepanjang tahun 2020 sekaligus memperkenalkan nama penyanyi muda itu dalam arus perdana seni muzik tanah air.

Lagu yang berkisahkan tentang kesihatan mental itu secara tidak langsung, mendorong orang terutama golongan pelajar untuk lebih cakna tentang kesihatan mental mereka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: