18 November 2021

BABY SHIMA TERPAKSA MAKAN UBAT PENENANG, TERTEKAN DENGAN KECAMAN



Semua sedia maklum mengenai isu penyanyi Baby Shima yang didakwa bercium di sebuah kelab malam yang hangat diperkatakan. Bagaimanapun, Baby Shima telah pun tampil menjelaskan mengenai perkara itu menerusi satu video semalam dimana dia menangis teresak-esak mengatakan ianya lakonan untuk MV lagu barunya berjudul, 'Lalai'.

Meskipun sudah memeberikan penerangan, Shima tetap menerima kecaman daripada netizen sehingga penyanyi itu terpaksa mengambil ubat penenang bagi merawat depresi yang dialaminya.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, penyanyi berusia 29 tahun itu ada memuat naik foto ubat penenang yang perlu dimakan. Shima turut menyertakan kapsyen seolah berada dalam keadaan sedih: "Senyum selalu belum tentu bahagia...," tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu serta terus kuat untuk tempuhi asam garam sebagai anak seni.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: