"Siapa pun aku. Apa pun aku buat. Tujuan dan kehidupanku, solatku, hanya kerana Dia. Alhamdulillah terima kasih yang mendoakan.. baik kata kamu maka baiklah aku..
"Buruk kata kamu padaku, maka buruklah aku seadanya..," itulah tulis pelawak Tauke Jambu, 44, menerusi Instagram Story yang seakan-akan menjawab persoalan ramai berhubung dakwaan dia dikatakan bernikah lagi satu.
Sehingga kini Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria dan isteri, Nadia Mohd Affendi masih terus membisu ketika media mahu mendapatkan kepastian gambar pelawak itu dikatakan melangsungkan pernikahan dengan wanita bernama Shu yang tular sejak semalam.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, ruangan komen di Instagram pelawak itu dipenuhi dengan komen netizen yang keliru dengan situasi itu memandangkan Tauke sudah memiliki isteri. Malah, ada yang mempersoalkan bilangan perkahwinan Tauke.
Dalam masa sama, ada juga mempersoalkan sama ada ia sekadar 'drama' untuk melariskan produk atau 'content' media sosial.
Apa-apa pun, kita nantikan saja kenyataan Tauke dan isternya itu bila mereka sudah bersedia mahu berkongsi.
________________________

No comments:
Post a Comment