24 November 2021

SELEPAS RANCANGAN TV HARITH ISKANDER, SAJJAD AKAN MUNCUL DI PROGRAM TV THE ELLEN SHOW PULA



Jika baru-baru ini pelawak terkenal, Harith Iskander membuat satu temu bual bersama.Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajjad, yang didakwa berat sebelah melalui rancangan What’s Going On Malaysia, hingga mahu disaman oleh bekas pengurus usahawan itu Nurnilam Sari, terkini Sajjad didakwa bakal memburukkan pihak berkuasa agama Malaysia sekali lagi melalui program televisyen Amerika Syarikat (AS), The Ellen Show pada awal tahun 2022 nanti.

“Bulan satu (Januari) Sajat (akan) pergi AS untuk wawancara rancangan Ellen,” dakwa Sajjad dalam satu video yang dimuat naiknya di TikTok.

Untuk info, Sajjad yang melarikan diri kerana dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akibat gagal menghadiri perbicaraan mahkamah syariah atas dakwaan berpakaian perempuan makin galak memburukkan Malaysia kerana merasa sudah 'selamat' dan bebas bersuara apabila mendapat suaka di Australia.

Klik untuk gambar besar



Maklumat tambahan pula, pada 1997, Ellen DeGeneres memberitahu yang dia adalah seorang lesbian dan menyokong hak LGBTQ. Mungkinkah kerana itu, Ellen bersetuju untuk mewawancara Sajjad dalam rancangan TV itu?

Atau mungkin Sajjad sekadar sembang kosong untuk menunjukkan dirinya hebat dijemput Ellen tetapi dakwaannya itu akan senyap selepas Januari nanti?

Tepuk dada, tanya selera!!

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: