24 November 2021

MASIH DIPANTAU AADK - MAMAT EXISTS PERLU KEBENARAN KELUAR KAWASAN, IKUTI PROGRAM MASYARAKAT



Pergerakan vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat sehingga kini masih lagi dipantau Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), selepas terlibat penyalahgunaan dadah sekitar tahun 2019. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pennyanyi lagu 'Untukmu Ibu' ini.

Menurut Mamat atau nama sebenar Mohd Ali Kamarudin, 42, dia perlu melaporkan diri dan mendapatkan kebenaran daripada agensi tersebut jika ada urusan kerja dalam tempoh dua tahun.

"Bermula awal tahun ini, saya perlu melaporkan diri kepada AADK Johor Bahru jika mahu keluar kawasan untuk urusan kerja dan lain-lain. Selain itu setiap sebulan sekali, saya perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan agensi sebagai syarat dalam tempoh pemulihan.

"Saya tidak kisah mengikuti peraturan yang ditetapkan. Hal ini demi kebaikan saya juga dan saya juga tidak terasa terbeban dengan syarat ini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam perkembangan lain, selain sibuk dengan aktiviti bersama kumpulan Exists, Mamat juga sibuk menguruskan perniagaan makanan di Johor Bahru.

"Dalam pada itu, saya menjalankan perniagaan menjual makanan di kampung halaman. Jadi, memang kerap berulang-aliklah Johor dan Kuala Lumpur," katanya lagi.

Ditanya pula mengenai desas-desus bakal menamatkan zaman duda dalam masa terdekat, Mamat enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut:"Saya tak ada apa nak cakap... InsyaAllah," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: