08 November 2021

BAHAGIA DENGAN STATUS DUDA - NAZIM OTHMAN AKUI TEMUI KETENANGAN HIDUP BERSENDIRI



"Ramai pengikut media sosial menyangkakan saya sunyi. Namun, hakikatnya saya bahagia dengan status saya sekarang. Saya gembira dengan berita perkahwinan Fizo dan sentiasa mendoakannya kekal bahagia. Bagi saya, ia tidak sedikit pun memberi tekanan.

"Sejujurnya, saya menemui ketenangan apabila hidup bersendiri. Mungkin itu pendapat orang luar, saya sangat terbuka menerima apa juga pandangan dilontarkan. Saya tidak kata tidak mahu kahwin. Cuma, buat masa ini, saya lebih selesa hidup sendiri. Pintu hati memang tertutup, tetapi tidak dikunci.

"Manalah tahu ada insan yang berjaya mengetuk pintu hati dan jika sesuai, mungkin boleh dipertimbangkan untuk kembali ke alam rumah tangga," itulah jelas pelakon Nazim Othman yang tidak tertekan selepas melihat rakannya, pelakon Fizo Omar kembali mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar



Nazim yang sudah hampir tiga tahun bergelar duda itu mengakui selesa dengan status duda yang digalasnya meskipun ramai menyangka dia sunyi dan menemui ketenangan apabila hidup bersendiri. Biarpun selesa hidup sendiri, bagaimanapun Naziem berkata dia tidak menolak jodoh andai sudah sampai jodohnya suatu hari nanti.

Untuk makluman, Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, bagaimanapun pasangan itu bercerai dua tahun kemudian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: