08 November 2021

AZLAN TYPEWRITER: "SIMEN TAK PAKAI LAGI DAH, TAPI KENA PAKAI KASUT ESKIMO PULA"



"Soundcheck program suara viral 2.0 Di #astro. Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh. Simen tak pakai lagi dah, tapi kena pakai kasut Eskimo pula. Soundcheck yang agak terkucil mungkin sbb duk umah lama tak praktis haha #suaraviral2.0 #astro....

"Terima kasih pada @aina_itam beri kepercayaan dan sokongan yang kuat tq juga pada @indigitalmusic. Terima ksih juga kepada semua yang mendoakan kesembuhan semoga Allah merahmati, respect!!!," tulis penyanyi Azlan Typewriter menerusi laman Instagram.

Dalam entri tersebut, Azlan berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan dirinya setelah mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas alami patah tulang kaki dan buku lali, pada September lalu dek tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki Sungai Batangsi, Semenyih, Selangor.

Klik untuk gambar besar



Azlan atau nama penuhnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memberitahu keadaan kakinya kini sudah semakin sembuh. Meski belum baik sepenuhnya, namun penyanyi berusia 39 tahun itu kelihatan sudah kembali berkerja selepas dilihat hadir ke sesi latihan untuk sebuah program nyanyian.

Serentak dengan itu, Azlan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dirinya agar kembali sembuh dan pulih seperi sedia kala.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: